
_________________________________
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir Bayi Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.
6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan suplemen
dibolehkan.. Antaranya..
Set vitamin ibu menyusu ini diperkenalkan bersesuaian dengan keperluan setiap pasangan ibu dan anak. Berikut adalah senarai set vitamin ibu menyusu yang sesuai untuk ibu yang menyusukan dan anak.

<1> Set B - Set Asas Vitamin Ibu Menyusu dengan Alfalfa Complex
Mengandungi 4 jenis vitamin asas untuk ibu menyusu iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan yang paling istimewa adalah raja segala tumbuhan(alfalfa complex) yang amat membantu ibu yang menyusukan anak. Set B ini sesuai untuk ibu menyusu yang tidak menghadapi apa-apa masalah dalam penyusuan dan ingin memperkayakan khasiat nutrisi dalam susu ibu dan juga menambah tenaga ibu menyusu.
Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.

<2> Set Eu 4 Pack - Set Vitamin Ibu Menyusu dengan Ostematrix tanpa Alfalfa Complex
Set vitamin ibu menyusu ini mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium dan magnesium)tanpa Alfalfa Complex. Kalsium amat penting untuk menampung kepada ibu menyusu terutama sekali ketika menghadapi saat-saat PMS. Ketika saat-saat PMS berlaku kebanyakkan pengeluaran susu ibu-ibu akan menurun disebabkan paras kalsium yang rendah ketika ini.
Tambahan pula dapat menguatkan struktur tulang dan gigi ibu menyusu terutamanya kerana ibu menyusu terdedah kepada osteoporosis yang tinggi kerana kita turut membekalkan kalsium kepada bayi. Kalsium juga didapati berperanan meningkatkan pengeluaran susu ibu dan ini memberi kelebihan berganda buat ibu dan anak. Set ini amat sesuai bagi ibu menyusu atau anak yang alah terhadap alfalfa. Juga sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu atau bayi yang alah kepada laktosa.

<3> Set E - Set Vitamin Ibu Menyusu dengan Ostematrix (Kalsium)
Mengandungi 4 jenis vitamin ibu menyusu asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C, Alfalfa complex dengan tambahan Kalsium (Ostematrix). Set ini amat sesuai kepada ibu menyusu dan anak yang tidak menghadapi alahan terhadap alfalfa tetapi mempunyai alahan kepada laktosa.
Juga sesuai untuk ibu menyusu yang kurang mengambil kalsium dalam diet seharian dan sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu. Set ini juga bagus untuk ibu dan anak kerana mengandungi semua nutrien dan zat yang lengkap untuk keperluan kesihatan ibu dan anak di samping membantu fokus utama ibu menyusukan iaitu (membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu).

<4> Set Tripple M- Set Vitamin Ibu Menyusu Paling Lengkap (Set B, Kalsium dan Soy Protein Shaklee (ESP) - highly recommended!
Mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium dan magnesium). Keistimewaanya adalah set ini dilengkapkan dengan ESP - Soy Protien Shaklee yang manfaat kepada ibu menyusu dan bayi. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu, masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yangmenghadapi masalah kekurangan stok EBM (stok susu beku).
Set vitammin ibu menyusu (Tripple M) ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu yangingin memulakan 'relactation' dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Soy Protein Shaklee banyak memberi manfaat terutamanya kepada ibu. kerana selain membantu sebagai 'milk booster', Soy Protein Shaklee juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekalkan tenaga berpanjangan.
Manfaat set Tripple M ini juga adalah dapat memperbaiki kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terutamanya ibu yang menyusu agar tubuh ibu menyusu dapat berfungsi dengan baik yang secara tidak langsung meningkatkan sistem pertahanan tubuh yang tinggi kepada ibu dan anak.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat untuk dapatkan SET IBU MENYUSU Shaklee? Segera hubungi saya di 0182215199
Konsultasi eksklusif dan personal berkenaan vitamin serta cara pengambilan akan dijelaskan.
email: fyda.sh@gmail.com
FB Page :RF Vitamin Shop
Penghantaran seluruh Malaysia, COD di kawasan Pelabuhan Klang & kawasan yang berdekatan.
No comments:
Post a Comment