Alhamdulillah hari ni berkesempatan nak tulis sedikit entry pasal makanan bayi 6 bulan. seperti yang kita tahu bile bayi dh berumur 6 bulan ni kita sebagai ibu dah boleh mula perkenalkan makanan pejal @ solid food kepada bayi.
Di sini saya nak share makanan yang saya bagi kat my baby Razin masa dia 6 bulan ritu ( sekarang Razin dah 8 month)
![]() |
Razin 6 Bulan |
Untuk pengetahuan semua ibu-ibu makanan pertama yang kita boleh perkenalkan kepada buah hati kita ialah PUREE ok... Bukan NESTUM/cerelac yang selalu dijual tu... kenapa nestum/cerelac tidak sesuai untuk bayi??
Bagaimana Cara Penyediaan Puree??
Cara penyediaan Puree adalah sangat mudah dan senang sangat dan untuk pengetahuan ibu-ibu sekalian puree yang disimpan di peti ais bahagian beku (freezer) boleh tahan berbulan. Tapi biasanya puree razin x sampai sebulan dah abis :-)
Pertama
Beli buah-buahan yang selamat untuk dimakan untuk bayi kita.. Bayi selalu akan diberi makan kentang dan lobak merah. Ini merupakan makanan biasa yang dimasak oleh ibu-ibu.. Jom kat sini saya nak share Apa makanan yang selamat dan berisiko untuk bayi kita :-
Mula-mula perkenalkan bayi anda dengan makanan SAFETY FIRST FOOD , kemudian beralih ke LOW RISK ALERGY FOOD... lihat bagaimana penerimaan bayi kita , adakah mereka suka atau tidak suka?? Adakah mereka Alergy atau tidak?? Alhamdullilah Razin makan semua makanan yang saya sediakan , buat masa ini x da lagi makanan yang Razin tak suke.
PENTING
Ni sangat penting. Ibu-ibu tidak digalakkan memberi makanan apa yang kita makan kepada bayi.. Biasa yang saya tengok kebanyakkan ibu-ibu akan bagi bayi rasa makanan seperti coklat bile si ibu sedang memakan coklat.. Habit ni akan mengakibatkat bayi anda hanya nak makan yang sedap-sedap je (Puree n bubur nasi kosong akan ditolak mentah2) ni pengalaman saya la :-)
Garam dan perasa juga tidak perlu dicampurkan pada makanan bayi ye kerana ginjal bayi masih belum maatnag untuk memproses natrium (garam)
Selalunya saya kan potong buah-buahan atau sayuran tersebut dan kukus/rebus sehingga lembut.
Ketiga
Blender buah-buahan atau sayuran yang telah lembut tadi dengan kuantiti air yang sedikit sahaja ( lebih air nnat jadi juice plak ) :-)
Keempat
Puree yang telah siap diblender dimasukan didalam bekas ais (yang petak2 kecik kita selalu bekukan air untuk jadi ais tu )
Kelima
Dah Beku boleh la transfer ke bekas yang lebih besar dan bertutup. Diingatkan jangan lupa tulis Tarikh.
INFO
Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu.
Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu.
Ramai berpendapat, waktu terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun drpd tidur pada waktu pagi.Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar. Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dgn memberi makan.
Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makanan. Jika hal ini berlaku pada waktu siang,mudahlah bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment