Friday 24 October 2014

Cara Penyediaan stok ayam untuk bayi

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak share cara penyedian stok ayam untuk my baby Razin Plak :-) Setiap ibu-ibu mesti nak yang terbaik untuk permata hati korang kan? No nestum/cerelac untuk Razin. walaupun bekerja, tapi kita masih boleh menyediakan makanan air tangan sendiri untuk anak-anak kita.

Sumber protein pertama yang saya perkenalkan dengan Razin ialah stok ayam ni la.

Razin yang suka makan

Pertama sekali saya kongsikan bahan-bahan untuk stok ayam Razin

Bahan-Bahanya

1. Ayam

2. Olive Oil

3. Bawang putih, Bawang Besar,halia dan Rempah 4 Beradik.

4. Boleh juga ditambah dengan Daun Saderi,carrot, dan kentang :-)


Cara-Caranya 

1. Letakan sedikit olive oil dan tumis semua Bahan 3

2. Masukan Air dan Rebus ayam sehingga masak (air jangan masuk banyak sangat nanti jadi sup ayam plak bukan stok ayam)
3. Masukan kentang,daun saderi dan lobak Merah (Jika nak letak)
4. Setelah masak , asingkan ayam menggunakan tapis dan asingkan isi dan tulang ayam


5. Isi ayam diblender atau dilenyekan sehingga hancur (kali pertama saya blender,kali ni saya Carik-carik kan je)

6. Masukan isi ayam dan air rebusan ke dalam tray ice cube dan biarkan sehingga beku.Setelah beku simpan di dalam bekas bertutup dan tuliskan tarikh dan masa penyediaan. 
ni contoh gambar tray ice..hiihi..stok ayam dalam tray x sempat amik gambar..ni puree brokoli Razin.

7. Setelah beku simpan di dalam bekas bertutup dan tuliskan tarikh dan masa penyediaan. Bila nak masak,ambil 1-2 kiub sahaja dan campurkan dengan bubur atau puree anak . Mudah kan??

Thursday 23 October 2014

Tips Cara Atasi Masalah Mudah Lupa

MASALAH LUPA: KENAPA,PUNCA, DAN CARA MENGATASINYA.

Pernahkah kita mengalami masalah cepat lupa? Lupa dimana letak spec mata selepas mandi, terlupa bawa handbag, Terlupa bawa duit , dan bagi pelajar sukar untuk mengingati dan memahami apa yang telah dibaca? Jika kita tergolong dalam insan ynag mengalami masala-masalah seperti yang saya nyatakan, Dalam Entry Kali ini saya ingin kongsikan Tips-tips Atasi Masalah Mudah Lupa.





Bagi Pelajar yang sukar untuk mengingati atau memahami apa yang dipelajarinya mungkin adalah berpunca dari :-
  • Mempunyai sikap sambil lewa
  • Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
  • Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik
PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN MUDAH LUPA

Mengabaikan solat lima waktu  

  • Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.

Sering bercakap bohong 
  •  Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
Selalu mungkir janji 
  •  Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
Makanan yang shubhah (meragukan) status halal 
  •  Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang pelajar itu.

CARA MENGATASI MASALAH MUDAH LUPA

  1. Jangan abaikan solat lima waktu
  2. Perbanyakkan solat sunat
  3. Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  4. Selalu berdoa kepada Allah SWT
  5. Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
  6. Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal

Manakala terdapat beberapa cara agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran.

Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.

Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.
Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran.
Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
Mengulang dan mengingat kembali : Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.
Kurangkan teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci.

Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari.

MAKANAN UNTUK KUATKAN INGATAN DAN MEMORI


  • Omega Guard Shaklee mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semuljadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.
  • EPA menyihatkan jantung dan sendi anda
  • DHA penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak.
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.



Berminat untuk dapatkan OMEGA GUARD Shaklee? Segera hubungi saya di 0182215199
Konsultasi eksklusif dan personal berkenaan vitamin serta cara pengambilan akan dijelaskan.
FB Page :RF Vitamin Shop
Penghantaran seluruh Malaysia, COD di kawasan Pelabuhan Klang & kawasan yang berdekatan.






 

Tuesday 21 October 2014

5 Kebaikan bermain untuk kanak-kanak

Jangan Sekat Hak Anak untuk Bermain


“Ibu bapa yang terlalu tegas terhadap anak-anak akan menjejaskan peluang mereka untuk bermain secara bebas, dan ini akan mengakibatkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.” Peter Gray, professor penyelidikan psikologi di Kolej Boston dalam American Journal of Play.

Alam kanak-kanak sangat berharga dan janganlah kita sebagai ibu-bapa merampas hak anak untuk bermain. Tetapi perlulah dipantau supaya permainan tersebut tidak merbahaya dan mendatangkan kemudaratan terhadap anak kita.


Razin di Pantai Puteri Melaka 1
Kita sebagai ibu-bapa perlu kreatif memilih permainan yang menyeronokan dan bermain bersama-sama mereka.

5 KEBAIKAN BERMAIN UNTUK KANAK-KANAK

1. Bermain membina keyakinan diri
Kanak-kanak akan menggunakan tenaga mereka untuk bermain sesuatu yang mereka ketahui dan dapat lakukan dengan baik, kerana mereka percaya mereka boleh berjaya. Lambat laun, mereka akan menjadi ‘pakar’ dalam minat mereka itu.

2. Bermain menggalakkan pencapaian akademik
Bermain terbukti membantu kanak-kanak menyesuaikan diri di sekolah dan memperbaiki kesediaan belajar, sikap dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Razin di Pantai Puteri Melaka 2
3. Bermain menbina tubuh yang aktif dan sihat
Bermain dengan bebas adalah cara yang baik untuk meningkatkan aktiviti fizikal kanak-kanak. Ini dapat memastikan gaya hidup sihat dan mengelak obesiti kanak-kanak.

4. Bermain memupuk kemahiran sosial
Tahukah anda apabila bayi bermain dengan objek-objek yang tidak mendatangkan bahaya, seperti mainan lembut, mereka dapat melatih kemahiran komunikasi mereka? Apabila mereka kian membesar, mereka akan bermain pula dengan kanak-kanak lain. Bermain tanpa arahan orang dewasa membolehkan kanak-kanak mempelajari cara-cara untuk bekerja dalam kumpulan, untuk berkongsi, berunding, bersimpati, menyelesaikan konflik dan mempertahankan diri.

Razin dan sepupunya Fathurrahman
5. Bermain menjalin kemesraan antara ibu bapa dan anak-anakInteraksi yang berlaku ketika bermain memberitahu kanak-kanak bahawa ibu bapa mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka dan ini membantu untuk menjalin kemesraaan yang berkekalan. Apabila ibu bapa memerhati dan turut serta dalam permainan yang diarah oleh si anak, mereka akan dapat melihat dunia dari perspektif dan keperluan anak tersebut. Selain itu, ibu bapa juga akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan anak mereka.
Kesihatan Anak
Untuk memastikan anak kita dapat bermain dengan aktif , kita sebagai ibu bapa haruslah memastikan anak kita sihat dengan pengambilan nutrien dan zat yang mencukupi untuk keperluan anak. Jika anak sakit ,bagaimana hendak bermain,Right?

Disini ingin saya kongsi Vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak.

 Makanan tambahan untuk kanak-kanak adalah disarankan jika anak-anak kita tergolong dalam golongan "tak suka makan sayur", mengalami masalah seperti sembelit, obesiti,kurang berat badan, kurang selera makan, kerap demam dan selsema dan pelbagai masalah lain.

BACA LAGI LANJUT MENGENAI.


Apa lagi kalau Uolls nak order SET KIDS COMBO (MEAL SHAKE + OMEGA + CHEW VITA-C) secara online boleh klik dibawah




Berminat untuk dapatkan SET KIDS COMBO (MEAL SHAKE + OMEGA + CHEW VITA-C) Shaklee? Segera hubungi saya di 018-2215 199
Konsultasi eksklusif dan personal berkenaan vitamin serta cara pengambilan akan dijelaskan.
FB Page :RF Vitamin Shop
Penghantaran seluruh Malaysia, COD di kawasan Pelabuhan Klang & kawasan yang berdekatan.






 


Cara Buat Masker Dengan ESP Shaklee

Assalamualaikum dan salam ceria :-)


Mesti ada yang tertanya-tanya Esp boleh buat masker ka?
Ya ESP boleh dijadikan masker untuk muka kita.











Meh kita belajar cara-cara buat masker ESP

Bahan-Bahan

1. ESP  (1 sudu ESP)


2. Yogut ( 1 Cup Yogurt asli)



Cara-caranya
  1. Campurkan 1 sudi ESP dan 1 cup Yogurt asli dan gaul hingga sebati.
  2. Sapu dan ratakan keseluruh muka kecuali mata
  3. Biarkan dimuka selama 15-20 minit dan kering
  4. Bilas menggunakan air bersih
  5. Hasilnya TIP-TOP kulit licin,gebu dan tidak berminyak

SELAMAT MENCUBA!!!


Entry seterusnya kita belajar cara buat masker vitamin E, Vitamin C, Vivix dan Scrab Alfafa ye.NANTIKAN
TESTIMONI MASKER ESP





Apa lagi kalau Uolls nak order ESP secara online boleh klik dibawah




Berminat untuk dapatkan ESP Shaklee? Segera hubungi saya di 0182215199
Konsultasi eksklusif dan personal berkenaan vitamin serta cara pengambilan akan dijelaskan.
FB Page :RF Vitamin Shop
Penghantaran seluruh Malaysia, COD di kawasan Pelabuhan Klang & kawasan yang berdekatan.






 



Tuesday 14 October 2014

ESP Shaklee Makanan Tambahan Terbaik Untuk Ibu Hamil





Kehamilan Terbaik dengan ESP Shaklee

Fasa Kehamilan amat mengujakan terutamanya kepada ibu-ibu yang hamil untuk anak pertama. Pasti inginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan kita kan? kita harus makan , makanan yang berkhasiat untuk memastikan fetus kita dalam keadaan sihat. Diawal kehamilan majoriti ibu-ibu pasti mengalami "morning sickness" yang teruk seperti muntah-muntah, tidak selera makan dan yang paling teruk ada yang terhidrasi.Ibu-ibu hamil memerlukan 2 kali ganda nutrisi jika dibandingkan dengan wanita yang tidak mengandung. Hal ini kerana Nutrisi diperlukan untuk si ibu dan anak. Bagaimana ingin mendapat bekalan nutrisi jika kita tak lalu makan?? InsyaAllah dengan pengambilan ESP sebagai makanan tambahan akan membantu kita mendapatkan zat-zat yang diperlukan oleh bayi.

Apa itu ESP??
  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.

Mengapa Protein dalam ESP Penting untuk ibu Hamil?
  1. Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN! Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali.
  2. Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.
  3. Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.
  4. Sekarang kita dah pun tahu kepentingan PROTEIN kepada ibu mengandung. Ada banyak sumber protein yang boleh diperolehi drp pemakanan kita, contohnya daging seperti ayam, lembu, kambing.. Kekacang, telur, tempe juga tinggi kandungan proteinnya. Namun sumber protein drp haiwan tak elok diambil dlm kuantiti yg banyak disebabkan kandungan lemak yg tinggi. Selain tu, cara memasak juga selalunya menghapuskan khasiat yang terkandung dalam makanan kita. Ini kerana protein mudah rosak jika diproses dengan suhu yang tinggi.




Ibu-ibu juga boleh gabungkan ESP dengan dengan vitamin-vitamin yang lain yang terdapat dalam SET IBU HAMIL Shaklee  



TESTIMONI

Ini Bukan Omong Kosong ye..saya hanya menulis jika terdapat fakta dan bukti yang boleh dipercayai.. Jom baca apa Pengguna kata 





Apa lagi kalau Uolls nak order ESP secara online boleh klik dibawah




Berminat untuk dapatkan ESP Shaklee? Segera hubungi saya di 0182215199
Konsultasi eksklusif dan personal berkenaan vitamin serta cara pengambilan akan dijelaskan.
FB Page :RF Vitamin Shop
Penghantaran seluruh Malaysia, COD di kawasan Pelabuhan Klang & kawasan yang berdekatan.