Tuesday, 21 October 2014

5 Kebaikan bermain untuk kanak-kanak

Jangan Sekat Hak Anak untuk Bermain


“Ibu bapa yang terlalu tegas terhadap anak-anak akan menjejaskan peluang mereka untuk bermain secara bebas, dan ini akan mengakibatkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.” Peter Gray, professor penyelidikan psikologi di Kolej Boston dalam American Journal of Play.

Alam kanak-kanak sangat berharga dan janganlah kita sebagai ibu-bapa merampas hak anak untuk bermain. Tetapi perlulah dipantau supaya permainan tersebut tidak merbahaya dan mendatangkan kemudaratan terhadap anak kita.


Razin di Pantai Puteri Melaka 1
Kita sebagai ibu-bapa perlu kreatif memilih permainan yang menyeronokan dan bermain bersama-sama mereka.

5 KEBAIKAN BERMAIN UNTUK KANAK-KANAK

1. Bermain membina keyakinan diri
Kanak-kanak akan menggunakan tenaga mereka untuk bermain sesuatu yang mereka ketahui dan dapat lakukan dengan baik, kerana mereka percaya mereka boleh berjaya. Lambat laun, mereka akan menjadi ‘pakar’ dalam minat mereka itu.

2. Bermain menggalakkan pencapaian akademik
Bermain terbukti membantu kanak-kanak menyesuaikan diri di sekolah dan memperbaiki kesediaan belajar, sikap dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Razin di Pantai Puteri Melaka 2
3. Bermain menbina tubuh yang aktif dan sihat
Bermain dengan bebas adalah cara yang baik untuk meningkatkan aktiviti fizikal kanak-kanak. Ini dapat memastikan gaya hidup sihat dan mengelak obesiti kanak-kanak.

4. Bermain memupuk kemahiran sosial
Tahukah anda apabila bayi bermain dengan objek-objek yang tidak mendatangkan bahaya, seperti mainan lembut, mereka dapat melatih kemahiran komunikasi mereka? Apabila mereka kian membesar, mereka akan bermain pula dengan kanak-kanak lain. Bermain tanpa arahan orang dewasa membolehkan kanak-kanak mempelajari cara-cara untuk bekerja dalam kumpulan, untuk berkongsi, berunding, bersimpati, menyelesaikan konflik dan mempertahankan diri.

Razin dan sepupunya Fathurrahman
5. Bermain menjalin kemesraan antara ibu bapa dan anak-anakInteraksi yang berlaku ketika bermain memberitahu kanak-kanak bahawa ibu bapa mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka dan ini membantu untuk menjalin kemesraaan yang berkekalan. Apabila ibu bapa memerhati dan turut serta dalam permainan yang diarah oleh si anak, mereka akan dapat melihat dunia dari perspektif dan keperluan anak tersebut. Selain itu, ibu bapa juga akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan anak mereka.
Kesihatan Anak
Untuk memastikan anak kita dapat bermain dengan aktif , kita sebagai ibu bapa haruslah memastikan anak kita sihat dengan pengambilan nutrien dan zat yang mencukupi untuk keperluan anak. Jika anak sakit ,bagaimana hendak bermain,Right?

Disini ingin saya kongsi Vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak.

 Makanan tambahan untuk kanak-kanak adalah disarankan jika anak-anak kita tergolong dalam golongan "tak suka makan sayur", mengalami masalah seperti sembelit, obesiti,kurang berat badan, kurang selera makan, kerap demam dan selsema dan pelbagai masalah lain.

BACA LAGI LANJUT MENGENAI.


Apa lagi kalau Uolls nak order SET KIDS COMBO (MEAL SHAKE + OMEGA + CHEW VITA-C) secara online boleh klik dibawah




Berminat untuk dapatkan SET KIDS COMBO (MEAL SHAKE + OMEGA + CHEW VITA-C) Shaklee? Segera hubungi saya di 018-2215 199
Konsultasi eksklusif dan personal berkenaan vitamin serta cara pengambilan akan dijelaskan.
FB Page :RF Vitamin Shop
Penghantaran seluruh Malaysia, COD di kawasan Pelabuhan Klang & kawasan yang berdekatan.






 


No comments:

Post a Comment