Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi (GDM). Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 2 hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit inI.
Kencing manis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan kencing manis semasa mengandung.
Diabetis gestasi (kencing manis semasa mengandung) selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, diabetes ini berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi kita akan alami perkara berikut:
Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.
GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi besar, kerumitan ketika melahirkan bayi dan mungkin perlu menjalani pembedahan Caesarean.
Risiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan ibu) semasa kehamilan.
Ibu juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang.
1. ESP (850gm ~ RM150.00) ~ Minuman protin rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah. Ia membantu mengawal paras gula.
2. BComplex (120 biji ~ RM53.75) ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga. Menukarkan makanan kedalam bentuk tenaga.
3.Vitalea (120 biji ~ RM88.75) ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi kita akan alami perkara berikut:
- keletihan;
- dahaga yang terlampau;
- membuang air kecil dengan banyak;
- penglihatan kabur
KOMPLIKASI GDM
- Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah.
- Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi plasenta dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi. Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi.
- Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).
- Jika bayi mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi amungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan disebabkan pengeluaran insulin berlebihan daripada pankreas bayi anda. Hormon insulin berlebihan ini juga merangsang pembesaran bayi yang berlebihan atau makrosomid.
- Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan, ketidakimbangan paras elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi.
- Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Bayi juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
- Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz bayi dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan bayi.
Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.
GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi besar, kerumitan ketika melahirkan bayi dan mungkin perlu menjalani pembedahan Caesarean.
Risiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan ibu) semasa kehamilan.
Ibu juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang.
Kesan pada ibu hamil;
Kesan pada bayi;
CADANGAN SUPPLIMENT
- Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
- Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
- Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
- Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.
Kesan pada bayi;
- Berisiko lahir pra-matang.
- Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
- Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
- Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
- Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
- Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.
Apa nak buat jika ada GDM?
Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor. Beberapa cara umum untuk terus sihat adalah:-
- Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.
- Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.
- Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal level gula dalam badan. Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.
- Mantain berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.
- Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.
KETAHUI KANDUNGAN GULA DALAM DARAH ANDA
CADANGAN SUPPLIMENT
1. ESP (850gm ~ RM150.00) ~ Minuman protin rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah. Ia membantu mengawal paras gula.
2. BComplex (120 biji ~ RM53.75) ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga. Menukarkan makanan kedalam bentuk tenaga.
3.Vitalea (120 biji ~ RM88.75) ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat untuk dapatkan Set Kencing Manis Ketika Hamil Shaklee? Segera hubungi saya di 0182215199
Konsultasi eksklusif dan personal berkenaan vitamin serta cara pengambilan akan dijelaskan.
Email: fyda.sh@gmail.com
FB Page :RF Vitamin Shop
Penghantaran seluruh Malaysia, COD di kawasan Pelabuhan Klang & kawasan yang berdekatan.
No comments:
Post a Comment