Tuesday, 8 April 2014

INFO KESIHATAN. TAHUKAH ANDA PUNCA-PUNCA TERJADINYA OSTEOPOROSIS


=====================================================================================



--> KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu.

--> Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senamanringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD)

--> WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.

--> TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.

--> SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.

--> MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.
--> MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.

--> MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.

--> PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.

--> KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


Berminat untuk dapatkan CoQ Health Plus Shaklee? Segera hubungi saya di 0182215199
Konsultasi eksklusif dan personal berkenaan vitamin serta cara pengambilan akan dijelaskan.
email: fyda.sh@gmail.com
FB Page :RF Vitamin Shop
Penghantaran seluruh Malaysia, COD di kawasan Pelabuhan Klang & kawasan yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment