Monday, 30 June 2014

PeRSeDiaAN BuLaN RaMaDHaN aL-MuBaRaK

Bismillahirahmanirahim ...

Assalamualaikum :-)

Hari ini dah masuk hari kedua Ramadhan untuk tahun ini.. Bagaimana keadaan anda,suami anda,anak-anak anda,kawan-kawan anda, keluarga anda dan orang disekeliling anda??
Adakah mereka masih kelihatan BERTENAGA, CERIA dan BERSEMANGAT??

Walaupun berpuasa pastikan hari anda masih ceria dan bersemangat ok!!!

Puasa bukan alasan untuk kita kelihatan lemah, kurang bermaya, bermalas-malasan atau mengantuk sepanjang masa 

Ingin berpuasa dengan Ceria dan bertenaga??
Pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat, cukup segala nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dan yang penting minum air yang secukupnya 

Ramai customer tanya, bulan puasa ni boleh ke makan suppliment?? Klu makan suppliment kena banyak minum air..puasa macam mana nak minum air banyak...


Disini saya akan kongsikan bagaimana cara untuk memastikan korang puasa dan korang masih mengambil air yang dicadangkan :-)



Semasa Berbuka
Minum air putih sebanyak 2 gelas sebelum makan,
Minum air 15minit sebelum makan boleh membantu penghadaman.

1 jam Selepas Siap Berbuka
Minum air putih sebanyak 2 gelas. Biasanya sejam selepas berbuka means sebelom Isyak atau sebelom Terawikh...lagi bagus kalau bawak bekal air masak ke masjid...ader gap solat, boleh minum seteguk dua kan? ~ huhu..

Sebelum Tidur
Minum air putih sebanyak 2 gelas atau sebotol kecil air mineral yang 500ml.

Pukul 4 pagi
Minum air putih sebanyak 2 gelas. Biasanya waktu ini adalah masa nak masak atau panaskan lauk untuk bersahur.

Pukul 5 pagi
Minum air putih sebanyak 2 gelas sebelum makan untuk bersahur.

Sebelum masuk waktu Imsak
Minum air putih sebanyak segelas.

Jadi Totalnya kita telah minum 11 gelas sehari..so tak da masalah untuk kita melengkapkan pengambilan air untuk tubuh badan kita walaupun BERPUASA :-)

INGIN DAPATKAN SUPPLIMENT UNTUK KEKAL AKTIF,BERTENAGA,BERSEMANGAT DAN CERIA DI BULAN RAMADHAN??


SET KOMBO PUASA mampu membantu anda kelihatan bertenaga dan ceria di bulan Ramadhan Al-mubarak ini... 



SET KOMBO PUASA terdiri daripada :
  1. ESP
  2. Meal Shake
  3. Performance Drink

Bagaimana ingin mendapatkan SET KOMPO PUASA??

Hanya hubungi saya untuk tempahan dan Pertanyaan :-)

Anda juga boleh melakukan pembelian tanpa melalui saya hanya dengan klik link dibawah

1- Set Kombo Puasa 1. untuk pembelian
2- Set Kombo Puasa 2. untuk pembelian
3- Set Kombo Puasa 3. untuk pembelian

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Berminat untuk dapatkan sET KOMBO PUASA Shaklee? Segera hubungi saya di 0182215199
Konsultasi eksklusif dan personal berkenaan vitamin serta cara pengambilan akan dijelaskan.
FB Page :RF Vitamin Shop
Penghantaran seluruh Malaysia, COD di kawasan Pelabuhan Klang & kawasan yang berdekatan.













Wednesday, 11 June 2014

Tips Penjagaan Jantung - JANTUNG SIHAT

Jantung adalah otot yang paling kuat bekerja dalam badan.Setiap hari jantung akan berdenyut 100,000 denyutan dan mengepam 7,570 liter darah setiap hati. Serangan jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat Malaysia.Penyakit ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti pemakanan yang sihat,mengambil suplemen yang berkualiti,bersenam secara teratur,menjauhi rokok dan alkohol dan mengekalkan berat badan yang ideal.


Pemakanan yang sihat
Elakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega,keju,minyak sapi, dan makanan yang bersantan dan mengandungi kolestrol termasuk telur,hati dan sebagainya.Digalakkan makanan secara kukus dan panggang dan kurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan makanan. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran seperti lobak,timun dan kubis serta sayur berdaun hijau dan buah-buahan.

Mengekalkan berat badan yang ideal
Kegemukan akan menyebabkan penyakit darah tinggi,kencing manis,paras lemak yang tinggi dan sebagainya.Berat badan yang berlebihan hendaklah dikurangkan sesuai dengan bentuk badan dan ketinggian seseorang.

Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan badan. Berjoging,berjalan dan mengayuh basikal adalah antara contoh senaman bagi mereka yang mengalami serangan jantung. Senaman yang dilakukan secara teratur dan konsisten dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.Orang dewasa yang sihat berumur dalam lingkungan 18-65 tahun disarankan bersenam selama 30 minit lima(5) hari seminggu.

 Jauhi rokok dan alkohol
Majoriti mereka yang mendapat serangan jantung ialah perokok.Jika pernah mendapat serangan jantung perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok diberhentikan.Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung. Dinasihatkan tidak mengambil alkohol kerana boleh menyulitkan usaha menurukan berat badan dan turut mendatangkan bahaya terutama hati.

Pengambilan suplemen yang berkualiti
Mengambil suplemen yang berkualiti dapat menjaga dan memelihara kesihatan jantung kita



Lima tanda sakit jantung

PEMERGIAN pelakon dan pengacara terkenal, Hani Mohsin Hanafi, 41, akibat serangan jantung memberi kejutan dan seharusnya dijadikan iktibar kepada kita semua, khususnya yang mempunyai sejarah keluarga menghidap sakit jantung.
Ramai terkejut kerana beliau meninggal dunia pada usia muda. Malah, rakan artis yang rapat dengannya juga tidak tahu arwah ada masalah jantung. Sebenarnya inilah perkara biasa berlaku kepada mangsa serangan jantung lain.

Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan:

-Kelesuan (F).

-Aktiviti menjadi terhad (A).

-Dada terasa sesak (C).

-Buku lali bengkak atau edema (E).

-Sesak nafas (S). 


FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri. Walaupun ia bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap kesihatan diri.

Semua 5 tanda mudah dikesan. Yang diperlukan hanya kepekaan terhadap perubahan diri kerana penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab kita. Jika ada beberapa tanda, segera menjalani pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain.

Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan kegagalan jantung.

Namun, paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi menandakan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung.

Mengikut fakta, penyakit jantung atau kardiovaskular adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurang sejak dua dekad lalu.

Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004, sembilan peratus daripada kemasukan pesakit ke semua hospital adalah disebabkan masalah kegagalan jantung dan edaran darah.

Apabila disebut mengenai sakit jantung, rasanya semua orang tahu. Namun,masih ramai tidak memberi perhatian kepada penyakit ini, termasuk faktor risiko. Malah, masih ramai juga tidak tahu mengenai atherotrombosis yang menyebabkan 28 peratus kematian — jauh lebih tinggi berbanding kanser dan penyakit berjangkit lain.

Masalah tersembunyi Aterotrombosis berlaku apabila darah membeku di atas plak (lapisan lemak di dinding salur darah) pecah. Darah beku ini akan membuat lapisan di atas plak tadi. Pembentukan darah beku secara berterusan boleh menghalang aliran darah. Apabila aliran darah tersekat, ia menyebabkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).

Dr Haizal berkata, faktor ini menjadi masalah asas kepada strok iskemia (aliran darah yang tidak mencukupi ke otak), serangan jantung, serangan iskemia, sindrom koronari akut dan kerosakan pembuluh darah.

Ini sebabnya setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak semua faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Hanya ada empat faktor risiko yang tidak boleh diubah iaitu jantina (lelaki), peningkatan umur, bangsa dan sejarah keluarga mendapat sakit jantung.

Manakala faktor risiko seperti senarai di bawah boleh diubah dan dikawal iaitu:
-Kencing manis.
-Paras kolesterol tinggi.
-Tekanan darah tinggi.
-Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
-Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
-Pemakanan tidak seimbang.
-Merokok.


Gejala seperti hidung sering berdarah dan sakit kepala adalah petanda tekanan darah terlalu tinggi. Bagaimanapun, jika tekanan tidak terlalu tinggi (tetapi melebihi tahap normal iaitu kurang 140/85 mmHg) ia tidak mempunyai gejala.

Ini sebabnya ramai tidak sedar mereka sebenarnya menghidap tekanan darah tinggi. Jika tidak dikawal ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, mata dan otak. Penurunan sebanyak dua mmHg membawa banyak manfaat kepada pesakit kerana ia dapat mengurangkan tujuh peratus kematian.

Kira-kira 24 peratus rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi, tetapi hanya 18 peratus mendapatkan rawatan dan mengawal tekanan darah mereka. Manakala 13 peratus mengambil ubat tetapi tekanan darah tidak terkawal dan 53 peratus lagi tidak tahu mereka ada masalah ini.

Cara mudah untuk mengawal tekanan darah ialah menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan garam (hanya satu camca teh sehari) dan bersenam.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjaga pemakanan di negara yang mewah dengan sajian enak ini, tetapi semuanya perlu dilakukan demi kesejahteraan diri.

SET CADANGAN PENJAGAAN JANTUNG


3. GARLIC

Berminat untuk dapatkan set KESIHATAN JANTUNG  Shaklee? Segera hubungi saya di 0182215199
Konsultasi eksklusif dan personal berkenaan vitamin serta cara pengambilan akan dijelaskan.
FB Page :RF Vitamin Shop
Penghantaran seluruh Malaysia, COD di kawasan Pelabuhan Klang & kawasan yang berdekatan.













Tuesday, 10 June 2014

HADIAH HARI BAPA - SET KESIHATAN SENDI SHAKLEE

Assalamualaikum :-)


Sempena Hari Bapa ni jom kita hadiahkan bapa kita dengan set kesihatan sendi shaklee... 

Korang kene ingat ibu-bapa yang dah makin berumur ni selalu sakit-sakit badan sbb apa??
Sebab mereka gunakan badan mereka..tulang empat kerat mereka untuk mencari nafkah dan untuk membesarkan kita... 

Sebagai tanda menghargai jasa mereka..belikan lah hadiah untuk meREWARD mereka :-)

Jom Kita Intai apa yang ada dalam Set kesihatan SEndi ini :-)

 1. Joint Health Tablet
  • Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat
  • Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu : 
      - Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
      - Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
      - Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat
  • Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
  • Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina
2. Omega Guard
  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengandungi Omega 3 yang membantu : -
       - melambatkan degradasi tulang rawan
       - mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
       - bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar 
  • Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans
3. Ostematrix
  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengekalkan sel tulang yang sihat
  • Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
  • Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
  • Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan
Secara keseluruhannya set sendi shaklee ini membantu anda:-

Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur yang kuat.
♥Membantu mengekalkan tulang yang kuat.
♥Membantu melegakan sakit sendi dan inslamasi terhadap sendi.

JAGALAH SENDI DAN SAYANGILAH SENDI ANDA!

Berminat untuk dapatkan set kesihatan sendi Shaklee? Segera hubungi saya di 0182215199
Konsultasi eksklusif dan personal berkenaan vitamin serta cara pengambilan akan dijelaskan.
FB Page :RF Vitamin Shop
Penghantaran seluruh Malaysia, COD di kawasan Pelabuhan Klang & kawasan yang berdekatan.